Cart 0

“IBU SUPERWOMAN”. PENGURUSAN MASA TERBAIK UNTUK PARA IBU YANG SIBUK

“IBU SUPERWOMAN”. PENGURUSAN MASA TERBAIK UNTUK PARA IBU YANG SIBUK

Foto credit: www.nona.my 

Marcapada ini, rata-rata pasangan suami isteri memerlukan pekerjaan dalam menampung kehidupan seharian. Segalanya dapat diatur ketika keluarga hanya terdiri dari suami dan juga isteri.

Dengan hadirnya cahaya mata, tugas isteri dan suami bertambah dari seorang isteri dan suami kepada kepada seorang bapa dan juga ibu.

Bagi seorang ibu, tanggungjawab dan tugas anda telah pun bertambah secara tidak langsung kerana kehadiran cahaya mata yang dikasihi.

Penghuni di rumah sudah bertambah, maka huru hara di rumah juga bertambah. Dengan pengurusan anak kecil, suami, hal ehwal rumah dan pekerjaan.

Kesemuanya adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan salah satunya.

Oleh itu, para ibu perlu berusaha untuk mengurus masa bagi memastikan segala tugas dan tanggungjawab berada dalam keadaan yang terurus.

Namun begitu, ia bukanlah suatu perkara yang mudah TAPI bukanlah suatu perkara yang mustahil dilakukan.

Bagi para ibu yang masih mencuba untuk mencari cara dan langkah bagi menggunakan masa terbaik, disini disertakan beberapa langkah dan cara yang boleh diambil bagi menyeimbangkan antara kehidupan keluarga, kerjaya dan juga peribadi.


PENGURUSAN RUMAH TANGGA

Ibu yang bijak adalah ibu yang mampu menguruskan rumah tangganya dengan lancar.

Tugas ibu yang dirumah sememangnya merangkumi beberapa perkara seperti memasak, mengemas rumah dan lain-lain. Namun tugas ini bukanlah tugas mutlak seorang isteri, tapi ia adalah tanggungjawab seorang lelaki atau wanita yang dewasa.

Bagi ibu, pengurusan hal ehwal rumah sinonim dengan personaliti mereka namun bagi suami, bukanlah satu perkara yang perlu diabaikan. Kerjasama antara isteri dan suami dalam mengurus hal ehwal rumah merupakan suatu perkara yang wajib bagi memastikan bebanan tidak tertakluk pada satu pihak sahaja.




foodserving.jpg

Foto credit : a-healthy-blog

  • PEYEDIAAN MAKANAN 

Kerana memasak memerlukan masa dan perhatian, para ibu perlu menggunakan masa lapang dihujung minggu untuk menyediakan bahan-bahan asas memasak seperti, bawang putih, bawang merah, halia dan lain-lain. Bahan-bahan yang telah disediakan boleh disimpan di dalam peti ais untuk digunakan untuk memasak kelak.

Untuk penyediaan anak kecik yang memerlukan makanan seperti bubur, para ibu bolehlah mendapatkan produk bubur segera yang berkhasiat untuk anak kecil. Antara contoh produk bubur segera yang berkhasiat yang boleh didapati adalah seperti Instant Porridge Fawwaz.

Instant porridge Fawwaz merupakan produk makanan bayi yang mudah disediakan dan juga berkhasiat bagi memastikan anak kecil mendapat nutrisi yang terbaik untuk pembesaran mereka.

Para ibu juga boleh mendapatkan bantuan dari si suami dalam penyediaan makanan. Sekiranya si suami tidak pandai memasak, suami boleh membantu dengan menyediakan pinggan mangkuk, membasuh selepas makan, menyediakan minuman, penyediaan asas makanan dan lain-lain.

Hal ini bukan sahaja dapat membantu memudahkan tugas si ibu, namun menyumbang kepada masa yang berkualiti antara suami dan isteri sekaligus dapat mengeratkan lagi perhubungan.

  • MENGEMAS RUMAH

Para ibu perlu memastikan amalan kemas selepas penggunaan diamalkan di rumah. Baik anak atau suami, amalan ini perlu dilakukan bagi memastikan tiada tangguhan tugas yang akan menghantui dikemudian hari.

Bayangkan selepas makan, pinggan mangkuk tidak dibasuh dan dibiarkan di dalam sinki. Hal ini akan menambah kerja yang perlu dilakukan dikemudian hari. Sekiranya amalan ini dilaksanakan, walaupun hari bekerja, keadaan rumah yang bersih dan teratur dalam dikekalkan.

  • MEMBASUH PAKAIAN

Teknologi masa kini sudah cukup canggih dalam membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan penggunaan mesin basuh, masa yang diperuntukkan untuk membasuh pakaian dapat dikurangkan. Pastikan pakaian seisi rumah dibasuh sekurangnya 2 hari sekali bagi mengelakkan baju yang perlu dibasuh terlalu banyak.

Si suami juga perlu faham dengan tugas isteri dan haruslah terlibat sekali untuk meringan beban si isteri.

  • MASA YANG BERKUALITI DENGAN KELUARGA

Keluarga sentiasa menjadi keutamaan. Meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga sangat penting bagi memastikan hubungan erat dapat dikekalkan sesame keluarga.

Antara waktu yang boleh digunakan untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah sewaktu makan. Ambillah peluang untuk bertanyakan aktiviti harian suami atau isteri di tempat kerja atau sebarang berita yang sesuai dibincangkan.

Masa yang berkualiti juga dapat diluangkan sekiranya bersama-sama dalam melakukan aktiviti di rumah seperti melipat kain, memasak dan lain-lain.

Dengan erti kata yang lain, masa yang berkualiti ini tidak seharusnya lama, tapi perlu dilakukan secara berterusan dan istiqamah agar hubungan keluarga kekal erat.




saringan-kesihatan-warga-emas.jpg

Foto kredit : http://ustazsaifudin.wakaf.org

KESIHATAN

Tiada gunanya jika semua tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya kesihatan diri tidak dijaga dengan baik. Ibu yang bijak hendaklah memastikan dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam mengharungi kehidupan seharian.

Para ibu boleh mengambil vitamin atau suplemen tambahan bagi mengekalkan kesegaran badan.

Bersenam juga boleh dilakukan agar tidak mudah berasa penat dan lesu.

Walaupun dengan kekangan masa, bersenam tetap boleh dilakukan. Bersenam tidaklah hanya pergi ke gymnasium, kelas Zumba dan lain –lain sahaja, senaman boleh dilakukan dalam aktiviti seharian sahaja.

Sebagai contoh, ketika ke pejabat, boleh parkir kereta jauh sedikit dari pejabat dan berjalan kakilah ke pejabat. Selain itu, elakkan dalam penggunaan lif dan gunalah tangga sekiranya pejabat anda mempunyai tangga.

Namun, senaman juga perlu berpada-pada juga. Jangan kerana hendak bersenam, anda naik tangga ke pejabat anda setinggi 15 tingkat!



Akhir kata, bagi ibu yang bekerja, sememangnya pengurusan masa adalah antara cabaran yang sukar, namun dengan perancangan, disiplin dan juga perbincangan bersama suami dapat membantu ibu bekerja dalam memastikan hari mereka dapat dilalui tanpa bebanan yang terlalu banyak.

Banyakkan berhubung dan berbincang dengan suami untuk sebarang masalah dan dapatkan penyelesaian yang terbaik. Keluarga tidak dibina atas dasar sendir namun atas persepakatan antara dua jiwa.

Banyakkan tolak-ansur dan jadikan keluarga sebagai keutamaan. Dengan izinNya, kehidupan akan menjadi lebih baik dan teratur.


Sumber rujukan :

https://siraplimau.com/tips-pengurusan-masa-isteri-bekerja/

http://www.majalahniaga.com/bagaimana-wanita-bekerjaya-boleh-membahagikan-masa-untuk-kerja-dan-keluarga.html

https://www.bharian.com.my/node/98506

https://www.bidadari.my/pengurusan-masa-demi-mengimbangkan-keluarga-dan-kerjaya-bahagian-2/

https://siraplimau.com/tips-ibu-bekerja-tanpa-pembantu/





Older post Newer post